.. ♥~♥ Cinta Ibarat Kupu-Kupu. makin kita mengejarnya, makin ia menghindar. tapi bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduganya. Cinta bisa menbahagiakanmu, tapi sering juga menyakitimu. Namun, cinta tu istimewa apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerimanya. Jadi tenang tenang saja, jangan terburu buru dan pilihlah yang terbaik..(^_^) ♥~♥
Thursday, 10 October 2013
Friday, 16 August 2013
Monday, 10 June 2013
..:: anak-anak ku sayang ::..
anak-anak adalah anugerah yang paling berharga yang Allah kurniakan kepada insan yang bergelar ibu dan bapa....jagailah dan didiklah mereka menjadi hamba Allah yang soleh......
mereka adalah amanah....amanah mesti dilaksanakan dengan sebaik mungkin....... :) sayangilah mereka....
hehehe ain walaupun belum berkahwin tapi ain dapat rase kasih sayang sebagai seoang ibu...huhuhu satu hari nanti ain juga akan bergelar ibu (jika panjang umur,murah rezeki)..insya Allah....
ni faqih.....ank yg aktif, mak n ayahnye doktor......
sangat comel :)
walaupun agak penat tapi ain jadi tenang dengan mereka.......dia ni susah nak tidor...huhuhu...klu nak bg dia tidor mst bg dia main puas2, n bg susu....cmfrm trus tidur.... :)
ni plk bby irfan....mak n ayahnya juga doktor.....comel bangat........baru dua bulan lebih......sangat aktif.
hehehe akan bersambung lagi....ada anak mengacau la plk......
Sunday, 14 April 2013
..:: BAB IV : TALKIN DAN BIDAAH DALAM PENGURUSAN JENAZAH ::..
Alhamdulillah akhirnya bab iv berjaya disiapkan, walaupun
tiada laptop, bak kata ustaz nizam “bukan alasan untuk xsiap tesis sebab xde
laptop, kamu boleh siapkannye awl2 lg.....” ada lah lagi dengan panjang lebar
nasihat dari ayahanda tercinta.
BAB IV
TALKIN DAN BIDAAH DALAM PENGURUSAN JENAZAH
Telah menjadi kebiasaan masyarakat di malaysia
khususnya, memasukkan sesuatu yang baru yang dikenali sebagai adat[1] di
dalam perkara-perkara seperti di dalam perkahwinan, menyambut kelahiran, dalam
pengurusan jenazah dan lain lain lagi. Adat merupakan tinggalan orang-orang
terdahulu kepada ahli keluarga atau pun dalam sesebuah negeri, masyarakat dan
kawasan kampung. Adat yang terdapat di Malaysia tidak menjadi haram sekiranya
adat tersebut tidak bercanggah dengan hukum syarak
.
Dalam
bab ini akan mengupas dan mengkaji perkara-perkara mengenai adat dan bidaah di
dalam pengurusan jenazah. Tidak semua adat dan bidaah itu semuanya haram, ada
juga bidaah yang dibenarkan dan boleh diterima oleh syarak walaupun perkara
tersebut tidak di lakukan oleh Rasulullah. Disini penulis akan mengkaji
mengenai adat dan bidaah yang dilarang oleh agama terutama yang terdapat dan
masih dilakukan oleh masyarakat di Malaysia.
4.2 BACAAN TALKIN
Selepas selesai kerja pengebumian
dilaksanakan, salah seorang daripada yanghadir duduk diatas kubur dibahagian
kepala dengan menghadap ke muka jenazah dan membelakangkan kiblat membacakan
talkin untuk jenazah yang baru dikebumikan itu. Talkin[2]
dari segi bahasa bererti mengajar atau memberi ingat.menurut istilah agama,
mempunyai dua bahagian iaitu yang pertama, talkin bermaksud mengajar orang yang
sedang nazak menyebut lafaz syahadah, iaitu la ilaha illa Allah. Kedua,
mengingatkan orang yang sudah mati dan baru sahaja dikebumikan akan beberapa
hal yang penting. Antaranya mengenai malaikat munkar dan nankir yang akan
datang menyoalnya serta mendoakannya supaya tetap pendirian.
4.2.1.
Hukum talkin
Hukum menalkinkan jenazah selepas dikebumikan
disisi mazhab Syafi’i dan Hanbali adalah sunat. Dalam mazhab Hanafi dan Maliki
pula tidak ada talkin selepas upacarapengebumian. Disunatkan ialah talkin
sebelum mati, iaitu ketika pesakit sedang nazak dengan mengajar ucapan la ilaha
illa Allah.
4.2.2.
Lafaz talkin
Antara kandungan talkin itu ialah menyeru nama
si mati itu dengan dibinkan atau dibintikan kepada ibunya. Kita boleh
mendapatkan berbagai buku tentang lafaz talqin. Antara pringatan yang ditujukan
kepada simati yang sudah dikebumikan itu ialah :
Ingatlah kamu semasa keluar daripada dunia
dengan pengakuan la ilaha illa Allah wa anna Muhamad al-Rasulullah (tiada tuhan
melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah),
syurga adalah benar,neraka adalah benar, kebangkitan manusia semula adalah
benar. Kiamat akan berlaku tidak boleh diragukan lagi dan Allah akan
membangkitkan semula manusia dari kubur. Kamu telah menerima Allah sebagai
Tuhanmu, Islam sebagai agamamu, Muhammad s.a.w sebagai Nabi mu, al-Quran
sebagai imamikutanmu, ka’bah sebagai kiblatmu dan sekalian orang mukmin adalah
sebagai saudaramu.
Walaupun
hadis yang berkaitan dengan talqin ini erupakan hadis lemah, tetapi telah
dikuatkan dengan maksud hadis sahih. Umat Islam memang telah lama
mengamalkannya sejak sekian lama, iaitu sejak zaman hayat para ulama silam yang
menjadi ikutan kepada umat Islam yang berikutnya.[3]
4.3
BIDAAH DALAM PENGURUSAN JENAZAH
Penyelenggaran
jenazah merupakan suatu ibadah yang sudah sedemikian jelas dihuraikan dalam
banyak hadis Nabi yang mulia. Namun demikian dalam kenyataan sehari-hari,
ritual[4]
penyelenggaran jenazah ini seringkali jauh dari apa yang Rasulullah ajarkan
kepada ummatnya.
4.3.1. Definisi Bidaah
Bidaah[5]
menurut kamus dewan edisi keempat bermaksud pembaharuan, terutamanya dalam agama
Islam, manakala maksud bidaah menurut bahasa bermakna ikhtira’ iaitu sesuatu
yang diciptakan tanpa ada contoh sebelumnya, misalnya perkataan orang Arab :
أبدع الله الخلق
Maksudnya :
Allah telah mengadakan makhluk dari tidak ada menjadi ada tanpa ada contoh
sebelumnya, atau disingkat Allah telah menciptakan makhluk). Atau sebagaimana
pula dalam,
Firman Allah :
بديع السموات والأرض
Maksudnya :
Allah menciptakan langit dan bumi tanpa ada contoh sebelumnya.[6]
Bid’ah menurut istilah adalah :
عبارة عن طريقة في الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك
عليها المبالغة في التعبد لله سبحانه
Maksudnya :
Cara baru dalam agama yang dibuat menyerupai syari’at dengan maksud untuk
melebihkan dalam beribadah kepada Allah.
Hal ini mengacu kepada sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Ummul
Mu’minin ‘Aisyah r.a, bersabda Nabi s.a.w :
من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو ردّ
Maksudnya :
Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan (agama) ini suatu perkara
yang tidak ada perintahnya maka ia tertolak.[7]
Dalam riwayat Muslim, bersabda Nabi :
من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو ردّ
Maksudnya :
Barangsiapa yang mengamalkan suatu amalan yang tiada perintahnya dariku
dari perkara ini (agama) maka ia tertolak.[8]
4.3.2. Bidaah-bidaah
Masyarakat melayu kaya dengan adat-adat yang tidak boleh ditinggalkan. Adat
yang menjadi tradisi zaman berzaman ini terbawa-bawa dalam perkara-perkara
ibadat tertentu, termasuk jugalah didalam penyelenggaraan jenazah. Antara
bidaah-bidaah yang sering dilakukan ialah :
i.
Bidaah azan dan iqamat untuk jenazah.
Masyarakat Melayu juga mengamalkan banyak perkara bidaah dalam hal pengurusan
jenazah . Mereka gemar membaca azan dan qamat sewaktu mayat diturunkan dari
rumah atau ke dalam kubur. Sebenarnya tidak ada hadis yang mensyariatkan azan
dan qamat untuk jenazah.
ii.
Bidaah ketika jenazah di dalam keranda. Biji buah pinang muda yang besarnya seperti
biji tasbih di cucuk dengan benang bersama daun pandan kemudian diambil bunga
nerjas dicucuk dengan benang untuk hiasan keranda.
iii.
Bidaah tunggu kubur, Ada juga sebahagian
masyarakat Melayu yang mengamalkan ‘Tunggu kubur’ . Mereka mengupah beberapa
orang untuk menunggu kubur si mati untuk beberapa malam . Panjang masa menunggu
adalah bergantung kepada kemampuan keluarga si mati . Lazimnya adalah dalam
bilangan ganjil iaitu semalam , tiga malam , lima malam , tujuh malam dan
seterusnya . Sebuah rumah kecil dibina berhampiran kubur si mati untuk tujuan
membaca al-quran , berzikir dan sebagainya untuk simati . Penunggu-penunggu mendapat upah yang
agak lumayan . Hukum mengupah dan mengambil upah membaca al-Quran kepada simati
, jumhur ulama menyatakan haram . Ini kerana , tiada pahala bagi orang yang
membaca al-Quran kerana upah.
iv.
Bidaah membina bangunan di atas kubur. Di
antara bidaah lain ialah ada juga di antara orang Melayu yang membina binaan di
atas kubur . Ada kubur yang dibina dengan konkrit , marmar dan lain-lain yang
mahal harganya . Kadang kala dibina kubah , menara , memasang lampu-lampu dan
hiasan yang indah khususnya dari kalangan orang berada dan kubur-kubur keramat
atau wali.
v.
Bidaah ketika selesai dikebumikan. Hal ini
berlaku di malaysia iaitu segelintir
masyarakat di sarawak, selesai dikebumikan sebiji kelapa dibelah dua
kemudian sebahagiannya dilambung ke atas dan sebahagian lagi ditinggalkan di
kubur. Bahagian kelapa yang dilambung tadi dibawa kerumah untuk dibuat ubat
untuk merawat penyakit sawan.
vi.
Bidaah fidyah solat dan kenduri arwah. Dalam
hal berkaitan kematian juga , kebanyakan masyarakat Melayu ada mengamalkan
membayar fidyah untuk orang yang telah meninggal dunia yang semasa hidupnya ada
meninggalkan solat . Perbuatan ini juga adalah bidaah kerana perbuatan ini
tidak pernah dilakukan oleh nabi , para sahabat, al-salaf al-shalih dan tidak ada
ulama yang membolehkannya. Kenduri arwah atau kenduri kematian yang diamalkan
oleh Masyarakat Melayu juga adalah bidaah . Amalan ini akan membebankan waris
dengan menyediakan makanan dan banyak berbelanja untuk malam-malam tiga , malam
tujuh , malam empat puluh hari dan seterusnya. Ini adalah juga bidaah yang
bertentangan dengan sunnah.
4.3.2. Pembahagian Bidaah
Menurut Imam Muhammad bin Idris Assyafi’i yang diriwayatkan oleh Abu Nu’aim
: Bidaah itu terbahagi kepada dua iaitu bidaah terpuji ( mahmudah ) dan bidaah
tercela ( mazmumah). Maka mana-mana yang sesuai dengan sunnah , maka itulah
yang terpuji dan mana-mana yang menyalahinya maka itulah yang tercela. Berdasarkan
kenyataan ini, ada ulama yang membahagikan bidaah kepada 4 bahagian iaitu :
i.
Bidaah sunnah.
Bidaah Sunnah ialah bidaah yang termasuk dalam
kaedah sunnah seperti solat Tarawih secara berjamaah.
ii.
Bidaah harus.
Bidaah harus ialah tiap-tiap perkara yang
harus seperti makan bermeja dan memakai pakaian yang berbagai-bagai bentuk
fesyen yang tidak bertentangan dengan hukum syara’ .
iii.
Bidaah haram.
Bidaah haram ialah bidaah yang termasuk dalam
kaedah bidaah haram dengan dalil dari syara’ seperti menziarahi kubur-kubur
dengan tujuan meminta sesuatu pertolongan .
iv.
Bidaah makruh.
Bidaah makruh ialah bidaah termasuk kaedah
makruh seperti menentukan hari tertentu untuk menunaikan sesuatu ibadat dengan
kepercayaan bahawa hari itu lebih baik pada hari-hari lain.
[1] Peraturan yang sudah diamalkan
turun-temurun (sejak dahulukala)di dalam sesuatu masyarakat. Kamus Dewan
Edisi Keempat. Dewan bahasa dan pustaka. Kuala lumpur. 2005. Hlm 8.
[2] Ibid. Hlm 1582
[3] Selamat Hashim, Kematian Dan Pengurusan
Jenazah, Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor, 2007, hlm 144-146.
Subscribe to:
Posts (Atom)