Saturday, 11 February 2012

Penyayang vs Membebel

Penyayang vs Membebel

Kisah Sayidina Umar

Islam mengiktiraf tabiat membebel wanita ini sebagai salah satu perkara yang positif dan ia adalah sebahagian daripada ujian dan muhasabah kepada si suami agar lebih bersabar.Dengan kesabaran ini akan mengurangkan tekanan psikologi kepada isterinya.Renungilah kisah ini……
Pada zaman pemerintahan Sayidina Umar Al-Khattab r,a,terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh.Si isteri tidak henti-henti membebel,sedang membasuh pun dia membebel,sedang tidur pon kalau boleh dia nak juga membebel.Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel.Dia pun marah balik isterinya kerana membebel.Si isteri pula menjawab.Si suami mula meninggikan suara.
Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari.Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau.Memandangkan keadaan rumah tangga mereka semakin parah,si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Sayidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.
Sebaik sahaja tiba dirumah Sayidina Umar,si suami terdengar isteri Sayidina Umar sedang membebel dalam rumah.Tetapi tidak terdengar pula suara Sayidina Umar membalas.
Mendapati isteri Sayidina Umar pun begitu,si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya.Katanya dalam hati,”kalau isteri khalifah begitu,apatah lagi isteriku.
Ketika dia perpaling hendak pergi,tiba-tiba Sayidina Umar memanggilnya dan bertanya, “apa hajat kamu datang ke mari ?.”
Si suami tadi menjawab. “aku datang hendak mengadu hal isteri aku,tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu.”
Sayidina Umar tersenyum lalu berkata, “tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya.Bukankah dia telah memasak makanan untukku,membasuh pakaianku,bersabung nyawa melahirkan zuriat untukku,menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku.? Sabarlah,sesungguhnya keadaannya itu tidak lama(nanti akan baik sendiri).”

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah sahabat,Sayidina Umar ini ialah…suami perlulah bersabar dan menerima leteran isteri itu sebagai positif dan ada hikmah di sebaliknya.  

No comments:

Post a Comment