Wednesday, 27 February 2013

:: Minggu Bahasa Ingeris (✿◠‿◠) ::


~ Alhamdulillah......selesai pameran oleh kami syariah dan undang-undang kumpulan dua untuk minggu bahasa engris.....26/2/13 (semalam) selepas magrib kami satu kumpulan menyiapkan tugasan kami dengan penuh semangat dan kerjasama dalam kumpulan...Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan dengan izin Allah kami dapat menjayakannya dengan Berjaya..walaupun kami tak tahu lagi siapa yang menang,tapi itu semua tidak menjadi keutamaan kami...pada kami, apa yang penting setiap amanah yang diberikan mesti dilakukan dengan sebaiknya ats kemampuan masing-masing.
 
♫♪♫♪ inilah kami.... J syariah dan undang-undang kumpulan dua (malam persiapan) dewan barakah KIPSAS.

                27/2/13 8 pagi,sesi penyiapan terakhir kami sebelum pameran dimulakan pada jam 9 pagi tadi...Alhamdulillah ramai pengunjung yang datang dari setiap jabatan... J terima kasih pada yang sudi datang ke pameran kami. Dengan kehadiran anda membuatkan pameran kami menjadi lebih meriah...  (◕‿◕)
Jam 3 petang sesi penutupan pameran, huhuhu walaupun agak kepenatan tapi gembira sesangat, Alhamdulillah syukur sangat semua berjalan dengan lancar. Harap dengan pameran tu semua dapat ambil iktibar....dan tahniah juga untuk kumpulan syariah satu, mereka buat tentang juvana..meriah juga....ain jawab kuiz silang kata,huhuhu agak susah lama ain jawab...mereka beri masa 8minit je...dapat la saguhati je(dua biji gula-gula kopiko) J.jika dapat jawap dengan cepat,dapat lah London swiss roll

 
tAJUK PAMERAN KAMI ( VIOLENCE AGAINST WOMEN AND CHILDREN)

Bila melakukan sesuatu perkara itu lakukanlah dengan niat kerana Allah taala....dengan itu barulah ia dikatakan sebagai ibadah....dengan memberi tahu kepada orang ramai tentang masalah yang berlaku sekarang yang paling serius iaitu keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak....kepada kaum lelaki yang menjadi pemimpin kepada kaum wanita, anda sebagai pemimpin hendaklah memimpin dengan baik,mencontohi sifat Rasulullah sallallahualaihiwasallam. Bukan dengan keganasan dan kuasa yang ada dan menindas kaum wanita yang lemah ini. Nasihat dengan cara yang baik, jika siisteri tidak mahu mendengar kata,maka pisah tempat tidur,jika masih tidak berubah pukul dengan pukulan yang ditetapkan syarak,bukan dimuka dan bukan dengan pukulan yang boleh meninggalkan bekas@lebam@luka....
Minta maaf sahabat ain ni kurang arif, harap sahabat-sahabat dapat rujuk semula hadis dan ayat-Quran tentang tanggungjawab sebagai seorang suami,isteri,anak-anak....
Al-quran dan sunnah menjadi panduan utama kita walaudimana kita berada.
Hehehe....sekian dulu untuk coretan hari ni...ain tadi lepas habis je pameran terus tidor...huhuhu..penat banget... J
Kepada sahabat-sahabat semua moga hari-hari anda dipenuhi dengan amal kebaikan,bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan kepada kita, bersabar dalam setiap apa yang berlaku, kerana setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya....Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita...jangan putus asa....mohon ampun pada Allah banyak-banyak...dan semoga sahabat semua Berjaya di dunia dan di akhirat dan jadilah anak yang soleh dan solehah...nasihat untuk diri sendiri terutamanya... J ~