~✿ Alhamdulillah......selesai pameran
oleh kami syariah dan undang-undang kumpulan dua untuk minggu bahasa
engris.....26/2/13 (semalam) selepas magrib kami satu kumpulan menyiapkan
tugasan kami dengan penuh semangat dan kerjasama dalam kumpulan...Alhamdulillah
semua berjalan dengan lancar dan dengan izin Allah kami dapat menjayakannya
dengan Berjaya..walaupun kami tak tahu lagi siapa yang menang,tapi itu semua
tidak menjadi keutamaan kami...pada kami, apa yang penting setiap amanah yang
diberikan mesti dilakukan dengan sebaiknya ats kemampuan masing-masing.
♫♪♫♪ inilah kami.... J syariah dan undang-undang kumpulan dua (malam persiapan) dewan barakah KIPSAS.
27/2/13 8
pagi,sesi penyiapan terakhir kami sebelum pameran dimulakan pada jam 9 pagi
tadi...Alhamdulillah ramai pengunjung yang datang dari setiap jabatan... J terima kasih pada yang sudi datang ke pameran kami.
Dengan kehadiran anda membuatkan pameran kami menjadi lebih meriah... (。◕‿◕。)
Jam 3 petang sesi penutupan pameran, huhuhu walaupun agak
kepenatan tapi gembira sesangat, Alhamdulillah syukur sangat semua berjalan
dengan lancar. Harap dengan pameran tu semua dapat ambil iktibar....dan tahniah
juga untuk kumpulan syariah satu, mereka buat tentang juvana..meriah
juga....ain jawab kuiz silang kata,huhuhu agak susah lama ain jawab...mereka
beri masa 8minit je...dapat la saguhati je(dua biji gula-gula kopiko) J.jika dapat jawap dengan cepat,dapat lah London swiss
roll ♥
tAJUK
PAMERAN KAMI ( VIOLENCE AGAINST WOMEN AND CHILDREN)
Bila
melakukan sesuatu perkara itu lakukanlah dengan niat kerana Allah
taala....dengan itu barulah ia dikatakan sebagai ibadah....dengan memberi tahu
kepada orang ramai tentang masalah yang berlaku sekarang yang paling serius
iaitu keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak....kepada kaum lelaki yang
menjadi pemimpin kepada kaum wanita, anda sebagai pemimpin hendaklah memimpin
dengan baik,mencontohi sifat Rasulullah sallallahualaihiwasallam. Bukan dengan keganasan
dan kuasa yang ada dan menindas kaum wanita yang lemah ini. Nasihat dengan cara
yang baik, jika siisteri tidak mahu mendengar kata,maka pisah tempat tidur,jika
masih tidak berubah pukul dengan pukulan yang ditetapkan syarak,bukan dimuka
dan bukan dengan pukulan yang boleh meninggalkan bekas@lebam@luka....
Minta
maaf sahabat ain ni kurang arif, harap sahabat-sahabat dapat rujuk semula hadis
dan ayat-Quran tentang tanggungjawab sebagai seorang suami,isteri,anak-anak....
Al-quran
dan sunnah menjadi panduan utama kita walaudimana kita berada.
Hehehe....sekian
dulu untuk coretan hari ni...ain tadi lepas habis je pameran terus
tidor...huhuhu..penat banget... J
Kepada
sahabat-sahabat semua moga hari-hari anda dipenuhi dengan amal
kebaikan,bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan kepada kita, bersabar
dalam setiap apa yang berlaku, kerana setiap perkara yang berlaku itu ada
hikmahnya....Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita...jangan putus
asa....mohon ampun pada Allah banyak-banyak...dan semoga sahabat semua Berjaya
di dunia dan di akhirat dan jadilah anak yang soleh dan solehah...nasihat untuk
diri sendiri terutamanya... J ✿~
No comments:
Post a Comment