Saturday, 16 March 2013

✿ܓaduhai remaja✿ܓ

Kesian adik-adik ni....macam mana nak jadi khalifah, macam mana nak jadi pemimpin, macam mana nak bimbing orang....???. sayang sungguh...
Kejadian di dalam bas (rapid kuantan) 16/3/2013. Pulang dari carnival jom masuk U di hotel zenith.
Dalam bas pon nak bergaduh...!!!...mereka memang macam tu, jika kat mane pon dyeorang, memang akan bising, nak tegur biar dengan cara berkhemah dik, ini tak...main tengking2, siap ada dengan mencarut-carut bagai..ape ni..macam ni ke orang melayu, orang Islam....dyeorang pon jadi xrespek pada kita, nak bergaduh tu bukan penyelesaiannye, awak pon tegur lah dia elok-elok, jika dia tak boleh terima teguran tu biarkan je, biar dia nak buat bising pon, lame-lame nanti bila dah penat dyeorang senyap lah, ni tak saun ikut sedap rase je, layan sangat nafsu amarah tu, syaitan memang suka orang marah2 ni, lagi dia nak hasut2 suruh bergaduh....adik, Rasulullah menasihati umatnya dengan cara yang lembut walaupun dengan orang yang selalu menghina dan ingin menjatuhkan Baginda. Rasulullah seorang yang sangat penyabar, contohilah sifat peribadi Baginda, jangan lah nak ikut budaya2 barat yang semestinya tidak mendatangkan manfaat pon, tengok pakaian adik pon same je macam pakaian dyeorang walaupun adik xwarnakan rambut tapi..ia masih same.
Marah ni bukan penyelesaiannye, jika adik tak puas hati sekali pon pada mereka, biarkan....mereka dah macam tu, adik tu yang mesti ubah diri adik, macam mana orang nak respek jika perangai adik sendiri pon xok.....dia dah memang bukan Islam, jadi adik yg beragama Islam ni mesti tunjukkan contoh yang baik pada mereka, bukan dengan cara menunjukkan kehebatan masing2, itu bukan cara kita,..kita duduk dalam satu kawasan, satu negeri, satu malaysia (bak kate pm,hehehehe). Mereka perlu dibimbing, adik juga perlu dibimbing, saya juga perlukan pada bimbingan...hati@rohani juga perlukan makanan, makanan untuk rohani kita iaitu al-Quran, solat, zikir, selawat, istighfar dan banyak lagi sifat2 mahmudah yang boleh kita buat. Emmm saya doakan adik suatu hari nanti dibukakan pintu hati, diberikan hidayah oleh Allah, dan moga adik jumpa dengan orang2 yang boleh bimbing adik, (rajin2lah ke majlis ilmu ea dik).... saya juga menasihati diri saya agar kekal dalam kebaikan dan terus melakukan kebaikan. Semoga kita semua sentiasa berada dalam kebaikan di dunia dan di akhirat. Moga adik nanti menjadi sahabat yang baik kepada mereka, dan membimbing mereka kembali kepada Allah. Semoga berjaya ye dik... ◕‿





((( berkata-kata sendiri di dalam hati, ingin menasihatinya, dia seorang lelaki, biarlah dia berjumpa dengan orang yang layak untuk menasihatinya [ustaz/para2 mujahid/sahabat2 lelaki].)))

No comments:

Post a Comment