KAEDAH LENGKAP MENGURUSKAN JENAZAH
3.1 PENGENALAN
Tanggungjawab Orang Yang Hidup Terhadap
Saudaranya Yang Telah Mati.
i.
Memandikan Jenazah
ii.
Mengkafankan Jenazah
iii.
Solatkan Jenazah
iv.
Mengebumikan Jenazah.
Diantara
tanda seseorang telah mati mengikut pendapat Imam Syafie dan
sahabat-sahabatnya, ialah :
i.
Kakinya terhulur (menurun ke bawah)
ii.
Renggang penggelangan tangan,
iii.
Menurun hidungnya,
iv.
Labuh kulit mukanya,
v.
Hilang seri alis matanya,
vi.
Menguncup badannya kerana kendur kulitnya.
Apabila telah terdapat tanda-tanda berlakunya
kematian, hendaklah menyegerakan pengurusan jenazahnya.
3.1.1. Bacaan waktu menutup mata si mati.
Sahabat-sahabat syafie tidak menyatakan
sesuatu tentang bacaan sewaktu menutup mata orang yang meninggal dunia, tetapi
adalah lebih baik, sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan isnad
yang sahih disebut di dalam kitab as-sunan al-Kabir dari Bakhr bin Abdullah
Al-Muzani dari Tabi’in berkata : apabila menutup mata simati bacakan Bismillah
waala millati Rasulillah dan apabila mengangkat jenazah bacalah Bismillah kemudian bertasbih selama kamu
mengusungnya.
3.1.2. Sunat berkata baik di sisi mayat
Disunatkan bagi orang yang berada disisi
jenazah, hendak bercakap perkataan yang baik-baik dan mendoakannya, sebagaimana
hadis dari Ummu Salamah r.a berkata : telah datang Rasulullah s.a.w kepada Abi
Salamah dan matanya terbuka kemudian Rasulullah menutup matanya, secara
bersabda : sesungguhnya apabila roh dicabut, (pandangan) mata mengikuti roh
tersebut. Maka riuhlah kaum keluarganya. Kemudian Baginda bersabda lagi :
janganlah kamu berkata-kata dikalangan kamu melainkan perkara-perkara yang baik
kerana malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan.” Kemudian Rasulullah s.a.w
berdoa : “ Ya Allah ampunkanlah Abi Salamah, angkatkan darjatnya ke dalam
golongan orang-orang yang mendapat hidayah, jadikanlah dikalangan anak-anaknya
orang-orang yang akan mengambil tempatnya, ampunilah kami dan dia, wahai Tuhan
sekalian alam, lapangkan dan cahayakanlah kuburnya.
3.1.3. Bacaan kepada simati dari keluarganya atau
sahabatnya
Ummi salamah berkata : Rasulullah s.a.w telah
bersabda : apabila kamu menziarahi orang sakit atau jenazah, ucapkanlah
perkataan yang baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu
ucapkan.
Sewaktu
Abi Salamah telah meninggal dunia, ummi salamah telah pergi berjumpa Rasulullah
s.a.w untuk memberitahu kematian abi salamah lalu berkata : “ya Rasulullah abu
salamah telah meninggal dunia, Baginda pon bersabda : ucapkanlah : “ya Allah ampunkanlah
dosaku dan dosanya, dan gantikanlah aku darinya dengan gantian yang baik” Maka
Allah telah menggantikan aku orang yang lebih baik darinya iaitu Muhammad s.a.w.[1]
Dalam
riwayat yang lain, Ummu Salamah berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda : apabila seseorang itu ditimpa musibah hendaklah dia berkata : Dari
Allah kami datang kepadanya jua kami kembali. Ya Allah jauhlah kami dari
musibah yang menimpa kami dan gantikanlah kepada kami kebaikan daripadanya.
Nescaya Allah akan memberikan ganjaran di atas musibah yang menimpanya dan
menggantikan kepadanya yang lebih baik dari itu.
Ummu
Salamah telah menceritakan lagi, apabila Abu Salamah meninggal dunia beliau
menyatakan : aku telah berkata sebagaimana disuruh oleh Rasulullah s.a.w maka
Allah telah menggantikannya untukku yang lebih iaitu Rasulullah s.a.w.[2]
3.1.4. Kematian anak kecil
Hadis dari Abi Musa al-Asyari, bahawa
Rasulullah s.a.w telah bersabda : Apabila seorang kanak-kanak meninggal dunia,
Allah s.w.t berfirman kepada malaikat Izrail : “kamu telah mengambil nyawa anak
hambaKu.?” Mereka menjawap : “benar”, Allah berfirman lagi : “kamu telah
mengambil buah hatinya.?” Mereka menjawab : benar, Allah berfirman : “apakah
yang telah diperkatakan oleh hambaKu?” mereka menjawab : “dia memuji dan
memohon engkau menggantikannya”, Allah s.w.t berfirman : “Binakanlah untuk
hambaKu mahligai di syurga, dan namakan mahligai itu dengan nama Mahligai
Al-Hamdu.[3]
Hadis dari Abi Hurairah r.a, bahawa Rasulullah
s.a.w telah bersabda : Allah s..w.t telah berfirman : tidak ada balasan kepada
hambaku yang mukmin, apabila dia mati berkeadaan bersih, balasannya adalah
syurga.
No comments:
Post a Comment