Alhamdulillah...ni pulak bab II ain, huhuhu tentang sakaratul maut.. :( ...ade lagi tu sebenarnye..nanti sambung kemudian plok.......dimasa akan datang. insya Allah..
BAB II
MENGHADAPI SAKARATUL MAUT
2. 1
Pengenalan
Persediaan sebelum mati
Kematian ialah jambatan yang menghubungkan dua
kehidupan, iaitu kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Kehidupan dunia yang
tidak kekal terhenti dengan berlakunya kematian dan kemudia disambung pula
dengan kehidupan akhirat yang kekal selama-lamanya. Dunia diibaratkan sebuah
ladang pertanian untuk manusia mengusahakannya bagi mencari bekalan untuk
kehidupan di akhirat.
Sesiapa
mengerjakan kebaikan semasa hidupnya di dunia, ia tidak akan mendapat kesusahan
di akhirat kelak. Orang ini akan kekal selamanya di dalam syurga Allah s.w.t
dengan izin-Nya. Manakala sesiapa yang melakukan kejahatan semasa di dunia ini,
ia akan diseksa di dalam neraka jahanam melainkan sekiranya dia mendapat
pengampunan daripada Allah s.w.t. Oleh itu, kematian merupakan perpindahan dari
satu alam ke satu alam yang lain. Kematian bukan penamat atau penyudah kepada
kehidupan dunia.
Kematian
berlaku akibat perceraian roh daripada jasad. Roh menurut pandangan ulama
adalah satu jisim halus yang meresap sebati dengan badan.
firman Allah maksudnya :
Allah (yang Menguasai segala-galanya), ia
mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang Yang sampai
ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang Yang tidak mati: Dalam masa tidurnya;
kemudian ia menahan jiwa orang Yang ia tetapkan matinya dan melepaskan balik
jiwa Yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya Yang ditentukan.
Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi tanda-tanda Yang membuktikan
kekuasaan Allah bagi kaum Yang berfikir (untuk memahaminya).
Ayat
ini menjelaskan bahawa roh berpisah daripada badan dengan dua cara. Pertama
melalui kematian. Apabila Allah hendak mematikan seseorang dikeluarkan-Nya roh
orang itu daripada badannya dan tidak dikembalikan semula kepadanya. Kedua roh
berpisah daripada badan melalui tidur. Apabila seseorang itu tidur, rohnya
keluar daripada badan. Allah kembalikan semula roh ke dalam badan kerana tempoh
kematiannya belum tiba. Allah menyeru umat manusia supaya memikirkan perkara
ini agar dapat melihat kekuasaan-Nya.
2. 2.
Saat-saat kematian
أكثروا ذكر هاذم الذات.[1]
Rasulullah saw bersabda, perbanyaklah mengingat
sesuatu yang dapat mengambil kenikmatan dunia, yaitu mati.[2]
Diriwayatkan
dari umar, :
عَنْ ابْنِ عُمَرَ
أَنَّهُ قَالَ كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْمُؤْمِنِينَ
أَفْضَلُ قَالَ أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا قَالَ فَأَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ
أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا
أُولَئِكَ الْأَكْيَاسُ
Maksudnya :
Diriwayatkan dari Ibn Umar, dia berkata, ketika
aku sedang duduk bersama Rasulullah saw tiba-tiba datang seorang pemuda dari
golongan Ansar mengucapkan salam kepada Rasulullah dan bertanya, “wahai Rasulullah,
orang Mukmin yang bagaimana yang paling mulia?” Rasulullah saw menjawab, “mereka
yang paling baik akhlaknya.” Dia bertanya lagi, “orang mukmin yang bagaimana
yang paling beruntung (bijak)?” Rasulullah saw menjawab, “mereka yang paling
banyak mengingati mati dan mempunyai persediaan yang banyak untuk menghadapi
kematian. Merekalah orang-orang yang bijak.[3]
Rasulullah saw bersabda, Orang yang paling
beruntung adalah yang dapat mengendalikan hawa nafsunya serta yang banyak
melakukan amal soleh. Orang yang rugi adalah yang selalu mengikuti hawa nafsunya
dan banyak berangan-angan.[4] Rasulullah saw bersabda, Perbanyakkanlah
mengingati mati, kerana ia dapat membersihkan dosa-dosa serta menjadikan diri
zuhud terhadap dunia.[5]
Rasulullah
saw bersabda, “Cukuplah maut menjadi pelajaran bagi seseorang dan menjadi
pemisah antara seseorang dengan orang lain.” Rasulullah saw kemudian ditanya,
“Apakah seseorang yang telah meninggal boleh berkumpul bersama para syuhada’?”
Beliau menjawab, “Ya, iaitu orang yang mengingati mati sebanyak 20 kali dalam
sehari semalam.” As-Suddi lalu membaca surah al-Mulk ayat 2 : yang menjadikan
mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik
amalnya. Maksud ayat tersebut iaitu : mereka yang paling banyak mengingati mati
dan yang sering melakukan amal soleh sebagai bekalan setelah mati.
Para ulama’ mengatakan bahawa Rasulullah saw
bersabda, perbanyakkanlah mengingati penghancur kenikmatan dunia, iaitu mati.
Ini merupakan perkataan yang ringkas dan sederhana yang di dalamnya terkandung
peringatan serta pesanan-pesanan yang sangat tinggi nilainya. Mengingati
kematian dengan sebenar-benarnya dapat mencegah seseorang untuk berangan-angan
sehingga dia boleh hidup zuhud,[6]
tetapi jiwa yang lemah serta hati yang lalai memerlukan peringatan yang
berulang-ulang dan kata-kata yang indah. Rasulullah saw telah bersabda, perbanyaklah
mengingat penghancur kelezatan dunia.
Maksudnya :
Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan
bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika
itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka
Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini
(meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah
kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.
[1] Abdullah bin Abdurrahman al-Bassam, Syarah
Bulughul Maram 3, pustaka azam, Jakarta
Selatan, 2008, hlm 137
[2] HR. Ibnu Majah dan at-Tirmidzi dari an-Nasa’i
dari Abu Hurairah ra
[3] Direkodkan oleh
Ibnu Majah di dalam Sunan Ibnu Majah
[4] HR. At-Tirmidzi
[5] HR. Anas
[6] Zuhud : Zuhud adalah menguasai dunia, tanpa
ia kuasai kita. Tangan menggenggam dunia, tapi hati memandang akhirat.
No comments:
Post a Comment