السلام
عليكم ورحمت الله
Kepada sahabat-sahabat semua apa khabar.....
Alhamdulillah masih diberi nikmat iman dan ihsan, Alhamdulillah Allah
masih beri ain peluang untuk teruskan hidup dan melaksanakan tanggungjawab
sebagai hamba Allah, sebagai seorang pelajar, dan sebagai seorang anak. Hemmm....dalam
menjalani tanggungjawab sebagai seorang pelajar macam-macam dugaan yang mesti
ditempuh....ain bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan pada ain.....
Bila umur semakin meningkat ni..rasa seperti diri sudah semakin besar
dan boleh pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri, nak-nak pula kawan-kawan
sekolah dulu ramai dah yang nikah..huhuhu ada sedikit kejelesan disitu.. (。◕‿◕。). Rasa seperti
diri ini dah boleh pikul tanggungjawab tapi sebenarnya tidak..!!!...Allah lebih
mengetahui tentang diri ku, kerana Dia yang menciptakan diriku....ain selalu
fikir yang tak de orang pon yang nak kat ain, ea lah lelaki sekarang hanya
memandang pada kecantikan, tapi xmengapa...ain xkeseorangan....Allah dah
tetapkan ain dengan siapa, hanya Allah je yang tahu siapa yang berhak atas
ain....dan ain harap ain dapat hambaNya yang soleh dan boleh bimbing ain dan
keluarga ain nanti.....ain xkesah pon dia tu macam mana,yang penting dia taat
perintah Allah, bila taat perintah Allah semua urusan kehidupan dia pasti
berjalan lancar...ain nak dia tu ada sedikit sifat-sifat seperti Rasulullah... •.♥•..... sebelum ain menginginkan seorang suami yang soleh ain
terlebih dahulu membaiki diri menjadi wanita yang solehah....janji Allah “wanita
yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan begitu juga sebaliknya”....Alhamdulillah
sahabat-sahabat banyak bagi nasihat, sokongan dan dorongan...ain bersyukur
sangat-sangat..... ◕‿◕.
Tapi
apa-apa pun amalan mesti ditingkatkan, kematian itu adalah suatu yang pasti
datang, mesti sediakan bekalan yang banyak, semoga semua amalan kita mendapat
kebarkatan dan keredhaan dari Allah, semoga segala amalan kita diterima Allah.....
ربنا
تقبل منا إنك أنت السميع العليم - "Wahai
Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami). Engkaulah yang Maha Mendengar
dan Maha Mengetahui."
Di atas ni adalah doa supaya amalan kita
sentiasa diperkenankan oleh Allah...
Sahabat-sahabat semua...jangan lupa dalam
gembira kita ada yang berduka,..titipkan doa untuk saudara seIslam kita yang
berada disabah, di gaza, di Syria khususnya dan untuk seluruh umat Islam
didunia ini agar selamat, terlindung dari kejahatan orang-orang yang zalim dan
dari orang-orang kafir....
mereka perlukan doa dari kita... :'(
No comments:
Post a Comment