Saturday, 2 March 2013

:: proposal thesisku yang emmm entah ape-ape.. :) ::


Assalamualaikum,selamat pafi sahabat-sahabat sekalian... :) emm nilah proposal thesis ain...huhuhu saje updte kt sini....nak banyakkan post kat blog..emm ain xpandai pon buat proposal..ni pon yg belum diedit lg...tapi ain akan usaha bg bagus....

1.    PERMASALAHAN KAJIAN

Masyarakat di zaman ini mengambil mudah tentang pengurusan  jenazah, sedangkan ia penting dan jika tidak dilaksanakan adalah berdosa. Hukum menguruskan jenazah adalah fardhu kifayah dan jika tidak dilaksanakan oleh orang-orang yang terlibat dengan menguruskan jenazah hukumnya akan menjadi fardhu ain. Di Malaysia terdapat pelbagai bangsa dan adat yang digunapakai dalam kehuidupan termasuklah dalam hal yang melibatkan syara’ seperti memasukkan adat.
     Alhamdulillah di negeri Pahang setakat apa yang penulis ketahui tiada yang memasukkan adat dalam menguruskan jenazah kecuali dalam perkahwinan banyak adat-adat yang digunapakai sebagai warisan turun temurun. Tetapi disini penulis ingin mengupas dan menditilkan lagi skop yang perlu dititik beratkan dalam menguruskan jenazah seperti perbezaan antara empat mazhab mengenai cara mengendalikan mayat atau jenazah.

2.    OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah seperti berikut :
2. 1                      Untuk mengkaji bagaimana masyarakat Islam di malaysia mengendalikan dan mengebumikan jenazah.

2. 2                      Untuk menitik beratkan kepentingan menziarahi orang yang sakit sebelum menghadapi kematian.

2. 3                      Untuk meneliti tahap kefahaman umat Islam di malaysia tentang bertalkin dan kenduri arwah. 

2. 4                      Untuk memberikan langkah-langkah terbaik bagi umat islam hari ini mengurus dan mengebumikan jenazah.

2. 5                      Untuk mengkaji sama ada terdapat bidaah dalam pengurusan jenazah.

3.    LIMITASI KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan bertujuan bagi mengkaji umat islam yang berada di malaysia dalam menguruskan jenazah menurut mazhab yang empat, adab menziarahi orang sakit, hukum jenazah, mengiringi jenazah  ( adab-adab dan bida’ah ), cara mengebumikan jenazah dan sebagainya.



4.    METODOLOGI KAJIAN
Data-data sekunder bagi jkajian ini dikutip melalui kaedah analisis dokumen iaitu penelitian ke atas buku-buku, kitab-kitab fiqh, al-quran atau sebarang dokumen yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan.
     Metode temubual dijalankan bagi mendapatkan data-data berbentuk pandangan, cadangan atau komen. Responden yang ditemubual adalah terdiri daripada kalangan imam, pengurus masjid yang terlibat dengan bahagian-bahagian yang menguruskan jenazah, jururawat yang terlibat apabila seseorang meninggal dunia di hospital. Selain itu, pihak yang ditemu bual terdapat juga dikalangan pelajar-pelajar IPT.
     Disamping itu, metode soal selidik turut dijalankan keatas beberapa orang responden yang terlibat dalam mengendalikan pengurusan jenazah di kawasan masing-masing. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik dengan kebanyakannya dengan soalan-soalan kebanyakannya dibina mengikut Skala Likert.



5.    ULASAN KEPUSTAKAAN
Haji Abdul Rahman Haji Osman (2000) mengatakan dalam penulisannya bahawa pengertian dan mati menurut pandangan ulama’ islam, didalam Kitab Al-Majmuk Karangan Imam An-Nawawi R.A, ‘Kitab Jenazah’ dimulakan dengan memberikan pengertian perkataan jenazah bererti ‘usungan yang ada di dalamnya orang mati’.
     Imam An-Nawawi memberikan pengertian mati pula ialah, “perpisahan roh dengan jasad”. Tambah beliau lagi, pengertian mati ini juga sama dengan apa yang telah dijelaskan oleh Ibn Faris, dengan membawakan dalil, kerana ayat tersebut ada menyebut perkataan mati :
Yang bermaksud, “untuk kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati”.

Manakala dalam buku fiqh ibadah menerangkan tentang hal-hal yang dianjurkan dalam menghadapi orang sakaratul maut, cara-cara memandikan jenazah, mengapani jenazah, mensolatkan jenazah, dan seterusnya menguburkan jenazah.

     Terdapat juga hal yang sama dalam kitab fikah mazhab syafie menjelaskan tentang hukum jenazah, dan mengiringi jenazah ( adab-adab dan bida’ah ).


6.    SUSUNAN BAB
BAB 1 – PENDAHULUAN
1.1                         Pendahuluan
1.2  Permasalahan Kajian
1.3  Objektif kajian
1.4  Limitasi kajian
1.5  Difinisi operasi kajian
1.6  Metodologi kajian
1.7  Ulasan kepustakaan
1.8  Penutup

BAB 2 – MENGHADAPI SAKARATUL MAUT
2.1  Pendahuluan
2.2   Saat-saat kematian
2. 3  Keadaan-keadaan orang yang sakit
2.4  Penyakit dan pesakit
2.5  Doa-doa
2.6  Kesimpulan



BAB 3 – ASAS-ASAS PENGURUSAN JENAZAH
3.1  Pendahuluan
3.2  Memandikan jenazah
3.3  Mengafani jenazah
3.4  Solat jenazah
3.5  Mengebumikan jenazah
3.6  Kubur
3.7  Menguruskan jenazah yang syahid dan janin gugur
3.8  Kesimpulan

BAB 4 – TALKIN, DAN KENDURI ARWAH
4.1  Pendahuluan
4.2  Lafaz-Lafaz Yang Digunakan Dalam Talkin
4.3  Hukum Bertalkin Dan Bertahlil
4.4  Kaedah dan hukum melaksanakan kenduri arwah
4.5  Bidaah dalam pengurusan jenazah 
4.6   Kesimpulan

BAB 5 – RUMUSAN DAN CADANGAN
6.1  Pengenalan
6.2  Rumusan Kajian
6.4                         Cadangan
6.4                         Penutup


2      RUJUKAN
1)    Al-Quran Karim
2)    Haji Abdul Rahman Haji Osman. Persediaan Menghadapi Mati. Cetakan Pertama 2000. Terjemahan Ringkas Kitab Al-Majmuk (Bab Jenazah) Syarah Al Muhazzab Li Syirazi. Lil Imam Abi Zakaria Bin Syaraf An Nawawi ( Tahkik Oleh Muhammad Najib Al Mutie’ ). Jabatan Agama Islam Pahang.
3)    Mohd Daniel Lim Bin Abdullah. Panduan Pengurusan & Solat Jenazah Mengikut Sunnah. Wholesale-Mart Bussiness Point Sdn Bhd.
4)    Dr. A. Rahman Ritongga, M. A. Dr. Zainuddin Tanjung, M. A. Fiqh Ibadah. Edaran Kalam. Kuala Lumpur 1999.
5)    Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho. Ali Asy-Syarbaji. Penterjemah, Ustaz Ridzuan B. Hashim. Kitab Fikah Mazhab Syafie. Penerbit Pustaka Salam Sdn. Bhd.
6)    Abu Muhammad, 2000, Pengurusan jenazah menurut empat mazhab dan doa-doa menghadapi mati. Penerbit Jasmin Enterprise.
7)    Selamat Hasyim. Kematian Dan Pengurusan Jenazah. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Skudai, 2007.
8)    Abdul Aziz Mohd. Zin. 2001. Metodologi Syariah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
9)    Muhammad Nashiruddin al-Albani, cetakan pertama 2007. Hukum berkaitan pengurusan jenazah dan bid’ah-bid’ah yang sering berlaku. Perniagaan Jahabersa.

2 comments: